Makluman

Kepada tuan/puan yang ingin menggunakan bilik gunasama, sila gunakan iPlanner untuk membuat permohonan. Masukkan dengan lengkap tajuk program, tarikh mula/tamat, masa mula/tamat, warna program dan lokasi bilik. Lain-lain program yang tidak melibatkan penggunaan bilik gunasama boleh masukkan maklumat program iaitu tajuk program, tarikh, masa dan warna sahaja. Kursus Pendek yang menggunakan bilik gunasama perlu diisi di dalam iPlanner. PdP yang menggunakan bilik gunasama dan tiada di dalam Jadual Waktu perlu diisi di dalam iPlanner.

Tuan/puan boleh merujuk maklumat program lain di dalam iPlanner untuk merancang program dan menyemak penggunaan bilik gunasama pada waktu tertentu supaya tidak berlaku pertindihan program atau penggunaan bilik. Untuk makluman, penggunaan bilik gunasama untuk tujuan PdP seperti di dalam Jadual Waktu adalah diberi keutamaan. Perbincangan bersama KPro/Pensyarah PdP dan PIC bilik sangat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih. Harap maklum.

iPlanner

Hakcipta Terpelihara © 2024 - Kolej Komuniti Ledang, Kementerian Pendidikan Tinggi.